KTM 890 Adventure R Dikemas Kini Bagi Tahun 2023 – Suspensi Boleh Laras, Skrin TFT Baharu

Advertisements

KTM 890 Adventure R merupakan motosikal dengan kemampuan ‘off-road’ terbaik ditawarkan bagi segmen pertengahan sejak dilancarkan awal tahun ini.

Bagaimanapun, bagi memastikan model itu terus gah dalam segmennya, KTM telah melaksanakan naik taraf terbaru bagi model terbabit.

Baru bagi tahun 2023 adalah fork depan WP XPLOR dan ‘monoshock’ WP XPLOR PDS boleh laras yang diilhamkan daripada jentera rali Dakar, KTM 450 Rally. 

Kehadiran sistem suspensi terbaru itu secara langsung meningkatkan tahap keupayaan 890 Adventure R di permukaan ‘off-road’.

KTM 890 Adventure R turut menerima ‘fairing’ baharu bagi tahun 2023, termasuk tangki yang direka semula bagi meningatkan tahap aerodinamik dan ergonomik penunggang.

Selain itu, KTM turut mereka semula bahagian penghadang angin yang kini lebih rendah sekaligus meningatkan tahap pemandangan penunggang sewaktu menunggang ‘off-road’.

Turut dinaik taraf adalah bahagian fender depan yang kini lebih tinggi dan pelindung enjin.

Menariknya, KTM 890 Adventure R juga mendapat paparan skrin TFT 5-inci serba baharu yang dilengkapi sistem petunjuk arah. 

Unit kawalan ABS juga dinaik taraf dengan sensor 6D di samping tetapan ABS Off-Road baharu. Pengguna juga boleh memilih pakej Rally Mode yang ditawarkan secara berasingan.

Advertisements