Ini Peluang Anda Untuk Lihat Mitsubishi Xpander Motorsport Dengan Lebih Dekat

Teruja dengan Mitsubishi Xpander Motorsport hasil projek ‘one-off’ antara Mitsubishi Motors Malaysia dan Speedline Industries?

Kalau nak lihat dengan lebih dekat Mitsubishi Xpander paling garang di Malaysia ketika ini, anda boleh melakukannya dengan menghadiri pengedar rasmi Mitsubishi pada lokasi dan tarikh berikut:

  • EAM Ampang – 10 September (Sabtu)
  • Evatrend di Setapak – 11 September (Ahad)
  • EAM di Glenmarie – 15 September (Khamis)
  • IMC di Bangi – 18 September (Ahad)
  • Okuan di Kuantan – 24 September (Sabtu)
  • Lajina Motor di Terengganu – 1 Oktober (Sabtu)
  • Lofty Ambition di Taiping – 8 Oktober (Sabtu)
  • JM Auto Gallery di Butterworth – 15 Oktober (Sabtu)
  • JM Auto Gallery di Alor Setar – 21 Oktober (Jumaat)
  • Sing Kwung Jidosha di Melaka – 25 Oktober (Selasa)

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mitsubishi Xpander Motorsport merupakan projek ‘one-off’ antara Mitsubishi Motors Malaysia dan Speedline Industries dalam menghasilkan Xpander yang diilhamkan daripada jentera rali Xpander AP4. 

Meskipun projek khas ini bukan untuk dijual namun orang ramai boleh membeli kit kosmetik tersebut menerusi Speedline Industries.

Ketika ini terdapat satu varian Mitsubishi Xpander ditawarkan di Malaysia dan dijual pada harga RM96,800

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]