Insiden Kemalangan Maut Di Luar Kawalan Kami – Penganjur TBW

Pihak penganjur Terengganu Bike Week (TBW) meluahkan rasa terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menuding jari terhadap acara itu sebagai punca insiden yang meragut nyawa empat individu, hujung minggu lalu.

Sekretariat TBW, Mohamad Nordin Sulong menjelaskan bahawa segala insiden kemalangan maut adalah diluar kawalan pihaknya.

“Kesemua kemalangan itu berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke tempat asal masing-masing selepas program TBW berakhir.

“Insiden tersebut di luar kawalan kami selaku penganjur. Sewaktu kejadian, mangsa juga bukannya berkonvoi dalam kumpulan ramai sehingga membahayakan keselamatan jalan raya,” jelasnya.

Pada masa sama, Nordin menjelaskan bahawa TBW 2022 bukan sekadar perhimpunan pemilik motosikal berkuasa tinggi.

“TBW bukan sekadar perhimpunan pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara semata-mata.

“Selain menyertai karnival berbentuk kekeluargaan yang mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan peserta, mereka juga beramal dengan menyantuni insan kurang bernasib baik di rumah-rumah kebajikan berhampiran,” tambahnya.

Hujung minggu lalu, tiga peserta TBW mengalami kemalangan maut dengan masing-masing dua mangsa di Dungun dan seorang lagi di Tanah Merah, Kelantan.

Manakala seorang lagi mangsa, seorang pengawal keselamatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah telah bergesel dengan peserta TBW yang menaiki BMW K1600 GT lalu kemalangan dan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.

Penunggang motosikal BMW tersebut pula hanya mengalami kecederaan di tangan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply