Kanak-kanak Keluarkan Badan dari Bumbung Suria Ketika Kereta Dipacu

Seorang pengguna jalan raya telah merakam aksi berbahaya melibatkan dua orang kanak-kanak yang mengeluarkan badan mereka dari bumbung suria kereta yang dipacu kira-kira 60km/j hingga 80km/j dalam satu hantaran tular di Facebook.

Gambar-gambar itu dimuat naik oleh Brandon Tan di group GetREC selepas mengambil gambar kejadian tersebut yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, melepasi Senawang/Seremban.

Tindakan ini ternyata amat bahaya, terutamanya jika kereta tersebut membrek secara mengejut kerana ini boleh menyebabkan kecederaan serius ataupun membawa maut jika mereka tercampak dari kereta.

Selain bahaya, tindakan itu juga menyalahi undang-undang, dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dengan hukuman denda maksikum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Awal bulan ini, seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tiga pertuduhan yang dilakukan di Jalan Tambun di antara pukul 6.20 hingga 6.45 petang, 22 Mac lepas akibat membiarkan tiga orang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan mereka daripada tingkap kereta ketika bergerak.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply