TERKINI: Kawasaki ZX-25R Sah Masuk Malaysia Tahun Depan, Belum Pasti CKD Atau CBU

Pengedar baharu jenama motosikal Kawasaki di Malaysia, Edaran Modenas (EMOS) telah mengesahkan bahawa model ZX-25R akan memasuki pasaran Malaysia tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan dalam satu pertemuan di kilang MODENAS, Gurun, Kedah, hari ini.

Pengesahan itu sekaligus menyaksikan Malaysia akan sertai Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam yang akan menawarkan model unik itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ditanya sama ada model tersebut akan dipasang di Malaysia, Roslan menjelaskan model itu sah masuk Malaysia namun sama ada secara pemasangan tempatan (CKD) atau CBU masih lagi dalam perbincangan bersama Kawasaki.

Kawasaki ZX-25R dikuasakan enjin 249.8cc 4-inline DOHC yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm (51hp dengan Ram Air) dan 22.9Nm pada 14,500rpm dengan nisbah mampatan (compression ratio) 11.5:1.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]