TERKINI: MODENAS Lancar Ninja 250 ABS Dan Z250 ABS Tahun Ini

Edaran Modenas (EMOS) akan melancarkan tiga model 250cc tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan ketika ditemui di kilang MODENAS terletak di Gurun, Kedah, hari ini.

Sewaktu pertemuan tersebut, Roslan dengan suka cita memaklumkan bahawa model Kawasaki yang akan dilancarkan itu babitkan Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS.

Ini sekaligus menyaksikan Ninja 250 SL (satu silinder) tiada dalam perancangan MODENAS.

Ketiga-tiga model itu juga akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Menurut Roslan lagi, ketika ini pihak MODENAS sedang mempersiapkan stok sebelum menyerahkan kepada pengedar pada Julai ini selaras dengan pelancaran yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Jemputan media juga dibawa menyaksikan model 250cc dengan lebih dekat sewaktu lawatan ke kilang Modenas dan berdasarkan pengamatan, Ninja 250 ABS akan ditawarkan dalam warna hitam sementara Z250 ABS tampil dengan gabungan warna merah hitam.

Ketiga-tiga varian ini juga menampilkan enjin dua silinder 250cc yang mematuhi piawaian Euro4.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply