MForce Beri Jaminan Tiada Kenaikan Harga Motosikal Hingga Hujung Tahun

Ketika pasaran dua roda negara sedang merekodkan kenaikan harga, MForce Bike Holdings Sdn Bhd memberi jaminan tiada kenaikan yang berlaku bagi kesemua model di bawah pengurusan syarikat itu tahun ini.

Perkara itu disampaikan Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad sewaktu pelancaran WMoto SX2 300 di X Park Sendayan, baru-baru ini.

Asri memberi jaminan bahawa kenaikan harga tidak akan berlaku bagi motosikal jenama Benelli, WMoto, SYM, QJMotor dan beberapa jenama lain dibawah payung MForce, sehingga hujung tahun ini.

Beberapa jenama motosikal lain di Malaysia sudah mula menampakkan kenaikan harga motosikal sejak awal tahun lagi.

Peningkatan harga itu berlaku ekoran kebanyakan pengeluar tidak mampu untuk menyerap peningkatan kos yang berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kos pengangkutan serta pelaksanaan gaji minimum.

Sementara itu, menurut laporan BH Online, harga motosikal akan terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chye berkata kejatuhan nilai ringgit merupakan faktor terbesar terhadap kenaikan itu di samping kos bahan mentah yang telah meningkat lebih 30 peratus.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply