Isle Of Man TT 2022 Catat Kematian Ketiga

Advertisements

Isle of Man TT 2022 merekodkan kematian ketiga setelah penganjur mengesahkan pelumba berpengalaman, Davy Morgan meninggal dunia ekoran kemalangan pada 6 Jun.

Morgan merupakan korban ketiga di IOMTT 2022 selepas Mark Purslow (1 Jun) dan Oliver Lavorel (4 Jun).

Morgan kemalangan ketika perlumbaan pertama kategori Supersport yang merupakan penampilan ke-80 pelumba itu di perlumbaan TT.

Dia terbabas di Milestone 27th ketika di penghujung lap terakhir tatkala pelumba lain sedang melintasi Grandstand untuk menamatkan perlumbaan.

Penganjur mengibarkan bendera merah susulan kemalangan itu namun Morgan disahkan meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah.

Morgan merupakan pelumba TT yang berpengalaman, tidak pernah terlepas sejak membuat penampilan sulung di kategori Production 600 Race pada 2022.

Morgan pernah merekodkan tempat ketujuh di Senior TT 2006 dan tempat kelima di Lightweight TT 2008 di samping melakar 14 Silver Replicas dan 30 Bronze Replicas.

Advertisements