Moto Guzzi V7 Stone 2022 Lancar Di Malaysia – RM62,900

Pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia, Didi Group, telah pun melancarkan Moto Guzzi V7 Stone untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga RM62,900, V7 Stone ini dikuasakan enjin 850cc berprestasi tinggi baharu yang mampu menjana 65hp pada 6,800rpm and 73Nm pada 5,000rpm sekaligus naik mendadak berbanding 52hp dan 60Nm sebelum ini.

Platform baharu ini juga menghasilkan 80 peratus tork seawal 3,000rpm.

Moto Guzzi juga mendakwa tempat duduk telah direka semula untuk hadirkan keselesaan yang lebih baik termasuk ‘footpeg’ yang kini memberi sokongan lebih baik.

Antara naik taraf lain yang turut diperkenalkan adalah penggunaan lampu LED baharu, paparan skrin digital LCD serta rim aluminium dengan tayar belakang yang lebih besar, 150/70.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]