Dilarang Tunggang E-Skuter Di Dataran Merdeka – DBKL

Menunggang skuter elektrik di sekitar Dataran Merdeka adalah dilarang sama sekali.

Perkara itu disampaikan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Ahad.

Menurut kenyataan tersebut, Dataran Merdeka merupakan sebahagian daripada jalan raya awam yang tidak digazetkan bagi aktiviti tunggang skuter elektrik tersebut.

DBKL juga telah merampas dua skuter elektrik yang telah disewa kepada orang ramai.

“DBKL tidak pernah mengeluarkan kebenaran bagi melakukan aktiviti tersebut.

“Pihak berkuasa tempatan juga telah membuat laporan polis terhadap operator yang menjalankan aktiviti skuter elektrik kerana melarang petugas menyita skuter elektrik untuk dibawa ke Stor Rampasan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” jelasnya.

Larangan aktiviti tunggang elektrik skuter di jalan raya awam adalah selaras dengan pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini yang menjelaskan kenderaan mikro-mobiliti termasuk skuter elektrik dilarang digunakan di jalan raya awam. – MM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]