Wanita Bukan Lagi Taruhan, Lumba Haram Tawar Habuan Hingga RM450,000!

Selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19, kegiatan lumba haram dikenal pasti kembali aktif.

Demikian pendedahan terbaru oleh Utusan Malaysia dalam satu laporan yang diterbitkan hari ini.

Menurut laporan tersebut, rata-rata Mat Rempit dah kembali gian untuk beraksi di jalan raya utama dan lebuh raya bukan hanya di Lembah Klang malah di sekitar kawasan lain.

Setiap perlumbaan akan babitkan wang taruhan bermula serendah RM500 namun perlumbaan antara bengkel motosikal melibatkan taruhan yang lebih besar, sehingga RM450,000.

Difahamkan, wang taruhan akan ditentukan mengikut jumlah jentera yang akan menyertai perlumbaan haram tersebut.

Terdapat dua jenis perlumbaan yang boleh disertai; lumba longgok (tanpa mengira jenis motosikal) mengenakan yuran penyertaan RM500 manakala lumba ikut kategori pula babitkan motosikal yang telah diubah suai dan pemenang bakal mendapat ganjaran hingga RM20,000.

Taruhan juga boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit terutamanya membabitkan pertarungan antara bengkel bagi menguji kehebatan motosikal yang telah diubahsuai.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pertarungan antara dua bengkel popular dalam negara pada 2018 mempertaruhkan nilai ganjaran tertinggi sehingga RM450,000.

Susulan ganjaran berbentuk wang lebih menarik perhatian perlumbaan haram di Malaysia, wanita tidak lagi menjadi taruhan kemenangan. – Utusan Malaysia

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply