Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) bakal melancarkan motosikal ‘adventure’ berupa CRF190L di negara itu tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan menerusi paten terbaru yang difailkan di negara itu.
Honda CRF190L telah pun diperkenalkan secara global oleh jenama motosikal Jepun itu September lalu.
CRF190L merupakan motosikal ADV ‘entry-level’ dalam barisan motosikal ‘adventure’ Honda dan ditempatkan atas model CB150X.
Seperti namanya, CRF190L mendapat inspirasi daripada CRF11000L Africa Twin dengan gaya ala motosikal Dakar.
CRF190L didatangkan dengan penghadang angin tinggi serta lampu depan LED bersegi.
Ciri lain turut ditawarkan adalah seperti tempat duduk jenis ‘single-piece’ serta penggunaan handlebar menegak dan tinggi bagi memudahkan tunggangan di permukaan ‘off-road’.
Antara ciri menarik lain:
- fork depan jenis teleskopik
- kerangka tubular steel
- jarak kelegaan tanah 241mm
- berat 145kg
- rim 19-inci depan dan 17-inci belakang
Menariknya, model ini juga bakal disertakan dengan rim jenis lidi mirip dengan Africa Twin.
Sementara itu, bahagian enjin pula dijangka datang dengan versi satu silinder 184cc dengan penyejukan udara (sama seperti CB200X) yang menawarkan 17hp pada 8,500rpm dan 16.1Nm pada 6,000rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.