Perlindungan Bagi Motosikal Bawah 250cc Dinaik Taraf, Lindungi Pembonceng Secara Percuma!

Advertisements

Allianz General Insurance Company (Malaysia) mengumumkan berita baik untuk penunggang motosikal bawah 250cc di Malaysia apabila menaik taraf perlindungan Allianz Motorcycle Plus.

Bagi tahun 2022, Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif dan Pihak Ketiga) bagi motosikal 250cc ke bawah telah dipanjangkan perlindungan kepada penunggang dan pembonceng membabitkan Kematian/Kecacatan Kekal sehingga RM10,000 setiap seorang an perbelanjaan hospital hingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari selama 60 hari).

Menariknya, perlindungan tambahan ini ditawarkan kepada pembonceng tanpa sebarang caj tambahan.

Sementara itu, Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal pemilik dari kemalangan, kebakaran, dan kecurian; kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga; dan kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga.

Manakala polisi pihak ketiga melindungi kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga; dan kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga.

Tambahan lagi, insurans komprehensif juga merangkumi Special Perils Full Sum-Insured Protection yang melindungi motosikal dari bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh atau sebarang bencana lain.

Pengguna Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) juga boleh menikmati bantuan tepi jalan secara percuma oleh Allianz Road Rangers yang boleh dihubungi di talian 1800-22-5542.

Allianz Road Rangers membabtikan servis tunda (percuma hingga 50km pergi-balik), penghantaran minyak dan servis tayar pancit.

Dalam perkembangan sama, Allianz General mengumumkan pemenang hadiah utama bagi kempen 111 Motosikal yang berlangsung di Allianz Arena, Plaza Sentral, hari ini.

Rohisham Husain muncul pemenang bertuah dan memenangi sebuah jentera Honda CBR250RR bernilai RM25,999.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.