Yamaha XMax Dikemas Kini Bagi 2022 – Dua Warna Baharu, RM21,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menaik taraf skuter maxi popular, XMax 250 bagi tahun 2022 dengan beberapa kemas kini ringan.

Menurut HLYM, XMax 250 2022 ini telah dinaik taraf dengan ‘smoke flasher lens’, rekaan kawalan smart key baharu serta dua pilihan warna baharu, Icon Grey dan Power Grey.

Bagaimanapun, XMax 250 ini terus dikuasakan enjin satu silinder (Euro4) 250cc, SOCH dengan penyejukan cecair yang berkeupayaan menghasilkan 22.5hp pada 7,000rpm dan 24.3Nm pada 5,500rpm.

Menariknya, kemas kini terbaru ini tidak menjejaskan harga pasaran yang kekal diletakkan pada RM21,998 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Sementara itu, setiap pembelian akan disertakan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.