Teaser Terbaru Suzuki Malaysia Sahkan Kehadiran GSX-S150 2022

Umum sedia maklum bahawa terdapat tiga model 150cc yang akan diperkenalkan Suzuki Malaysia tahun ini.

Ketiga-tiga model tersebut telah pun dipertontonkan kepada umum secara langsung sewaktu pelancaran Hayabusa dan V-Strom 1050XT hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, masih tiada kelibat GSX-R150, GSX-S150 dan Belang R150 kelihatan.

Bagaimanapun, minggu lalu Suzuki Malaysia telah pun berkongsi teaser GSX-R150 berserta harga sekitar RM11,XXX.

Kali ini, Suzuki Malaysia memuat naik teaser terbaru dengan slogan ‘Urban Road Leader’ dan mengesahkan model itu sebagai GSX-S150.

Pengesahan model kedua itu sekaligus memberi bayangan bahawa Suzuki Malaysia bakal melancarkan GSX-R150 dan GSX-S150 tidak lama lagi.

Suzuki GSX-S150 digerakkan enjin satu silinder 147.3cc DOHC yang menjana 18.9hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm.

Antara ciri ditawarkan GSX-S150 adalah seperti berikut:

  • tangki 11L
  • tayar 90/80-17 depan dan 130/70-17 belakang
  • cakera brek depan dan belakang
  • fork depan teleskopik dan monoshock belakang

Sementara itu, Suzuki Malaysia juga dijangka memuat naik teaser yang merujuk pada Belang R150 tidak lama lagi.

Teaser akan datang itu sekaligus melengkapkan tiga model 150cc yang akan diperkenalkan Suzuki Malaysia untuk pasaran tempatan dengan pelancaran dijangka berlaku sekitar bulan Mac ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]