Tak Puas Hati Kena Hon, Polis Cekup Penunggang Motosikal Baling Sepana

Pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki bertindak membaling sepana ke arah sebuah kenderaan dalam satu insiden di Jalan Kuching, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

“Hasil semakan, suspek tiada rekod kesalahan lampau, kita akan memohon reman esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, penunggang motosikal tersebut telah dihon oleh pemandu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire kerana menunggang secara berbahaya.1200

Rakaman video berdurasi 39 saat itu jelas menampakkan penunggang motosikal tersebut telah bertindak membaling sepana kerana tidak puas hati dihon pemandu kereta terbabit.

Mangsa terus membuat laporan polis pada hari sama sebelum polis berjaya menahan suspek pada Selasa di Taman Wangsa Melawati.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – SH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]