MotoGP: Ducati Ikat Francesco Bagnaia Hingga 2024

Advertisements

Francesco Bagnaia dan Ducati Corse telah mencapai persetujuan untuk terus berkerjasama selama dua musim lagi.

Bagnaia bersetuju untuk meneruskan cabaran bersama Ducati Lenovo Team dan jentera Desmosedici GP sehingga 2024.

“Menjadi pelumba Ducati di MotoGP merupakan impian saya, jadi dapat meneruskan karier bersama Ducati Lenovo Team selama dua musim lagi membuatkan saya berasa teruja.

“Disini saya berasa cukup selesa dan saya yakin kami dapat mencapai lebih banyak kejayaan bersama.

“Kini saya dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap kejuaraan dunia ini.

“Terima kasih kepada Claudio, Gigi, Paolo, Davide dan seluruh kakitangan Ducati Corse. Saya akan membalas kepercayaan mereka dengan keputusan cemerlang di litar,” jelas Bagnaia.

Bagnaia membuat penampilan sulung di MotoGP pada musimm 2019 bersama Pramac Racing sebelum dinaikkan ke pasukan factory Ducati musim lalu.

Pelumba kelahiran Turin itu merekodkan sembilan podium, empat kemenangan dan enam petak pertama untuk menamatkan musim 2021 di kedudukan kedua, hanya 26 mata dipisahkan dengan juara dunia, Fabio Quartararo.

Advertisements