Honda Hawk Hidup Semula Dengan Enjin Parallel-Twin 1100cc

Rangkaian Universal Japanese Motorcycle (UJM) seperti Honda CB antara salah satu model yang paling ikonik dalam sejarah motosikal.

Malah, model CB750 Four generasi pertama sangat popular, sehingga mendapat tempat di Japanese Automotive Hall of Fame.

Honda masih lagi mengeluarkan model klasik seperti CB400 dan CB1300 Super Four secara eksklusif di Jepun.

Berbeza dengan pasaran luar, Honda hanya mengimport keluar motosikal jenis Neo Sports Cafe seperti CB650R dan CB1000R buat peminatnya.

Pada 2021, Honda memperkenalkan NT1100 tourer yang dibina menggunakan platform model touring popularnya, Africa Twin.

Seperti Africa Twin, NT1100 turut menggunakan kerangka ‘steel semi-double-cradle’ dan subfram ‘bolt-on aluminum’ selain mempunyai enjin yang sama, 1,084 cc Parallel Twin, Liquid Cooled, SOHC, 8 Valve.

Atas faktor piawaian emisi zaman moden yang sedikit ketat, kebanyakan pengeluar berpaling daripada enjin berkapasiti tinggi yang menyebabkan terhasilnya CB1100RS Final Edition.

Setelah diguna pakai dalam tiga model berlainan, enjin 1,084cc itu nampaknya bakal dipadankan dengan model baharu, Hawk.

Khabar angin mengatakan Honda bakal menghidupkan semula nama ikonik – Hawk, yang popular pada tahun 70-an melalui platform CB 400T.

Media automotif Jepun, ‘Young Machine’ telah menerbitkan artikel beserta gambar ilustrasi yang dianggap sebagai model Hawk 11 selain memberi spekulasi bahawa motosikal ini akan dipamerkan di Osaka Motorcycle Show dan Tokyo Motorcycle Show pada bulan Mac.

Sekiranya Hawk kelihatan seperti yang diduga, kita mungkin akan melihat jentera ‘cafe racer’ neo-retro yang lengkap dengan ‘clip-on bar’ dan ‘half fairing’ buatan asal kilang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]