Generasi Baharu KTM 890 Adventure Dikesan

KTM bakal memperkenalkan generasi ketiga KTM 890 Adventure selepas model prototaipnya dikesan menjalani ujian baru-baru ini.

Model 790 Adventure membuat kemunculan pertama pada tahun 2019, sebelum KTM memperkenalkan 790 Adventure R dengan spesifikasi lebih tinggi pada tahun berikutnya.

Firma Austria itu kemudian menggantikan 790 dengan 890 Adventure dan 890 Adventure R pada tahun 2021, dimana enjinnya lebih berkuasa namun tidak melupakan gaya asal motosikal.

Selain itu, 890 Adventure juga akan mendapat kemas kini reka bentuk yang sepatutnya bagi tahun 2023, seperti yang disahkan oleh ‘spy shot’ yang kini berlegar di internet.

Perkongsian gambar itu telah mengesahkan bahawa 890 Adventure baharu ini mempunyai gaya yang sama seperti model terdahulu terutamanya di bahagian hadapan sehinggalah ke ruang tangki tambahan kiri dan kanan di bahagian belakang motosikal.

Melihat di bahagian sisinya pula, terdapat ‘plate bash’ dengan gabungan plastik dan aloi yang memanjang berfungsi untuk melindungi ekzos, berbeza dengan varian R yang mendapat ‘plate bash’ jenis aluminium.

KTM cuba mengekalkan reka bentuk lampu depan yang asal pada model 2023 ini, namun dengan sedikit perubahan pada cermin hadapan yang direka memanjang dari sisi dan ke atas.

Model baharu 890 Adventure ini mengekalkan roda hadapan bersaiz 21-inci dan roda belakang 18-inci, dipadankan bersama dengan ‘high-mounted’ fender sama seperti yang terdapat pada varian R.

KTM 890 Adventure datang dengan sistem suspensi WP Apex yang sama seperti model asas, manakala model R mempunyai kit WP Xplor dengan spesifikasi lebih tinggi.

Kesemua varian akan dijana dengan enjin LC8 890cc parallel-twin.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]