Triumph Motorcycles baru-baru ini telah mendedahkan model prototaip motosikal elektrik mereka, ‘Project TE-1’.
Model ini merupakan penanda aras Triumph menuju ke dalam pasaran e-bike, bersaing dengan jenama seperti Zero Motorcycles, Energica, LiveWire, dan juga Harley-Davidson.
Dibangunkan sebagai motosikal elektrik, TE-1 mencatatkan berat kira-kira 220 kg dan hadir dengan rekaan ‘sporty’.
Triumph dikhabarkan bakal memberi sentuhan akhir kepada motosikal elektrik ini dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Namun, komponen utama seperti ‘single-sided swingarm’ dan reka bentuk ‘exposed frame’ miliknya akan dikekalkan.
Kejayaan projek itu juga menandakan berakhirnya kerjasama antara Triumph, Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain Ltd, dan WMG di University of Warwick, yang dibiayai oleh Office for Zero-Emission Vehicles.
Diketuai oleh Triumph, kejayaan TE-1 adalah hasil inovasi pakar daripada industri yang pelbagai, menyumbang kepada komponen seperti berikut:
- Frame and rear-subframe
- Panels and wheels
- Final drive system (including transmission)
- Gates Carbon belt drive,
- Ohlins USD cartridge forks,
- Ohlins RSU,
- Brembo M50 monobloc callipers
- Triumph Motorcycle control software
Objektif utama di sebalik projek TE-1 adalah untuk membangunkan motosikal elektrik yang cekap dan bermutu tinggi.
Objektif ini seterusnya akan menjadi tonggak syarikat dalam memperkasa masa depan mereka sekaligus meningkatkan kredibiliti selaku syarikat automotif British.
Triumph menjangkakan ujian terhadap model prototaip itu akan selesai sepenuhnya pada musim panas.