Oben Rorr Mampu Pergi Sejauh 200KM Sekali Cas!

Oben EV, sebuah syarikat automobil elektrik yang berpangkalan di Bengaluru, telah memperkenalkan motosikal elektrik pertamanya bagi pasaran India.

Produk sulung syarikat itu telah diberi nama ‘Oben Rorr’ dan motosikal elektrik ini didakwa mampu mencapai jarak maksimum sehingga 200 kilometer dengan sekali cas.

Motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini akan dilancarkan secara rasmi di India pada bulan hadapan. Manakala, penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada suku kedua tahun ini.

Oben EV masih belum mendedahkan banyak butiran tentang motosikal elektrik miliknya.

Namun, dikhabarkan motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini mempunyai kelajuan tertinggi 100 km/j dan ia didakwa mampu memecut dari 0-40 km/j dalam masa 3 saat sahaja.

Madhumita Agrawal, selaku Pengasas bersama Oben Electric berkata; “Oben Electric sentiasa bersedia dengan ujian di peringkat ketahanan, dan keselamatan untuk menangani sebarang kelemahan dalam produk yang dihasilkan.”

Motosikal elektrik Oben Rorr serba baharu ini ditawarkan dalam tiga varian namun, harga jualannya masih belum didedahkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]