Kawasaki Versys 650 2022 Mendarat Di Indonesia – 65.7HP, 61Nm

Kurang dua bulan selepas pelancaran global, Kawasaki Versys 650 2022 kini mendarat di pasaran Indonesia sekaligus beri bayangan motosikal berkonsepkan touring itu akan turut diperkenalkan di Malaysia.

Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar.

Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal sama.

Versys 650 2022 ini masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 649cc namun telah dikemas kini bagi mencapai standard Euro 5 jadi prestasi semasa enjin berada pada 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Selain daripada mengekalkan kerangka jenis besi dengan jarak antara tayar pada 55.7″, Versys 650 ini juga masih lagi menawarkan rim berukuran 17″ dengan tayar Dunlop Sportmax D222.

Namun, ciri elektronik yang telah dipertingkat termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan dua tetapan dan boleh ditutup menggunakan butang di handle.

Menariknya, sistem ABS juga didatangkan secara standard kali ini.

Tidak lupa juga, model 2022 ini juga lengkap dengan skrin TFT berwarna 4.3″ yang menempatkan speedometer, tachometer, petunjuk gear, tahap minyak, odometer dan sebagainya.

Paparan TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

Aspek yang paling menonjol bagi Kawasaki Versys 650 kali ini adalah rekaan yang menyamai Versys 1000 sekaligus lebih moden dan menarik dengan gabungan lampu LED serta penghadang angin boleh laras.

Sementara itu, Versys 650 LT pula hadir dengan ‘saddlebag’ dan ‘handguard’ secara standard.

Berdasarkan info yang dikongsikan media Indonesia, Kawasaki Versys 650 2022 itu ditawrakan pada harga IDR199 juta (RM58 ribu).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]