Honda CBR250RR 2022 Dilancarkan Di Jepun

Rata-rata mengharapkan Honda kembali menghidupkan legasi Honda CBR250RR 4-silinder (MC22) yang diperkenalkan pada era 90an.

Bagaimanapun sehingga kini, Kawasaki merupakan pengeluar sulung yang mengorak langkah pertama menerusi ZX-25R.

Apa pun, CBR250RR tetap mempunyai peminat yang ramai terutamanya di Asia termasuk di Malaysia.

Terbaru, pasaran negara menerima CBR250RR dengan pilihan warna Trico sekaligus menyamai ‘livery’ yang terdapat pada CBR1000RR-R Fireblade.

Bagi tahun 2022, Honda telah mengemaskini jentera suku liter itu bagi pasaran Jepun.

Namun, kemas kini tersebut hanya melibatkan rupa luaran (kosmetik) sahaja dan mengekalkan spesifikasi seperti model sebelumnya.

Untuk tahun 2022, Honda CBR250RR tampil dengan pilihan warna serba hitam (Graphite Black). Pilihan warna baharu itu membuatkan CBR250RR tampil lebih sporty dan elegan serta tidak semak.

Menurut laporan, warna baharu itu akan juga diperkenalkan di pasaran Asia lain termasuk Malaysia dan Indonesia tidak lama lagi.

Honda CBR250RR dikuasakan enjin parallel-twin 249.7cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm.

Bagi pasaran Malaysia, CBR250RR ini ditawarkan pada harga RM25,999.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]