50,000 Kereta Dijangka Dibiarkan Tersadai Pasca Banjir

Dijangkakan lebih 50,000 kereta yang ditenggelami air ekoran banjir besar yang melanda lapan negeri terutamanya di Selangor dan Pahang akan dibiarkan tersadai.

Punca utama senario itu adalah disebabkan pemilik kereta perlu berdepan dengan kos tinggi bagi membaik pulih kenderaan.

Penasihat Teknikal Automotif, Datuk Ir. Mohamad Dalib menjelaskan kos baik pulih tersebut merangkumi enjin, ECU dan pembersihan.

“Jika pemilik mahu menggunakan alat ganti terpakai harga mungkin murah sedikit tetapi masalahnya tiada jaminan.

“Selain itu, pemilik perlu memikirkan kos lain yang berkaitan seperti kos membawa kenderaan ke bengkel dan cucian yang dianggarkan kos RM600 bagi sebuah kenderaan bergantung kepada saiz,” jelasnya.

Selangor antara negeri yang terjejas teruk dengan banjir terutamanya di kawasan Shah Alam, Hulu Langat, Klang, Dengkil dan Sepang diikuti Pahang dengan lebih 30,000 individu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Setakat ini, beberapa jenama kereta antaranya Honda, Toyota dan Mercedes menawarkan diskaun alat ganti. – Utusan Online

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply