“Jangan Cuba Baiki Kenderaan Di Lorong Kecemasan”

Demikian saranan diutarakan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh berikutan insiden kemalangan yang meragut 10 nyawa, baru-baru ini.

Sebaliknya, Datuk Suret meminta orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.

“Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan bagi mengelak kehilangan nyawa.

“Jika tiada nombor telefon pengendali lebuh raya, ia boleh diperoleh melalui carian Google.

“Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan rosak ke kawasan rehat berhampiran, manakala semua penumpang pula perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Datuk Suret mengumakan saranan itu bagi mengelakkan daripada kejadian 18 Disember lalu di Lebuhraya Elite, tidak berulang.

Dalam kejadian tersebut seramai 10 mangsa telah kehilangan nyawa setelah dirempuh sebuah treler. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply