Servis Percuma Bagi Pemilik Motosikal Modenas Terkesan Banjir

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) menawarkan perkhidmatan servis motosikal secara percuma bagi pemilik yang terkesan dengan banjir besar yang melanda negara ketika ini.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada objektif ‘Kempen Servis Prihatin MODENAS’ yang memfokuskan terhadap usaha membantu membaiki motosikal agar dapat berfungsi semula.

Kempen tersebut berlangsung hari ini sehingga 31 Disember 2021 di dua pusat servis MODENAS berikut:

  • Pusat Servis MODENAS (Sekysen U5 Shah Alam)
  • Pusat Servis MODENAS (Kuantan, Pahang)

Menurut MODENAS, antara perkhidmatan ditawarkan sepanjang kempen tersebut merangkumi:

  • caj upah percuma bagi baik pulih biasa
  • pemeriksaan percuma
  • cuci motosikal percuma
  • diskaun hingga 25 peratus bagi alat ganti (15 peratus bagi skuter)
  • diskaun hingga 70 peratus bagi ‘overhaul’

Orang ramai yang mahu dapatkan maklumat lebih terperinci diminta hubungi MODENAS di 1-800-88-1881 atau WhatsApp di +6019-5708135.