Lokasi Tinjau Kapal Terbang Popular KLIA Ditutup, Dipenuhi Sampah

Pihak Pengurusan Malaysia Aiport telah membuat keputusan menutup lokasi tinjau kapal terbang popular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Keputusan tersebut dibuat atas faktor keselamatan di samping kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap yang dibuang pengunjung yang gemar menghabiskan masa di tempat tersebut.

Meskipun lokasi ‘spot’ kapal terbang itu ditutup namun laluan utama bersebelahan masih dibuka seperti biasa.

Pada masa sama ‘viewing deck’ juga masih dibuka dan membolehkan orang ramai melihat kapal terbang berlepas dan mendarat dengan selamat.