Yamaha telah pun melancarkan WR155R Monster Energy Edition untuk pasaran Indonesia.
Bernadikan enjin 155cc yang sama terdapat pada Yamaha R15, Yamaha telah menala semula enjin WR155R ini dan hasilnya menawarkan 16.5hp pada 10,000rpm dan 14.3Nm @ 6,500rpm.
Yamaha WR155R ini merupakan motosikal ‘dual-sport’ yang dipasarkan khas untuk penunggang baharu.
Meskipun bersesaran 155cc namun WR155R ini menawarkan pelbagai ciri ‘adventure’ dan sesuai untuk tunggangan lasak antaranya ketinggian tempat duduk 888mm.
Jarak kelegaan tanah (ground clearance) 245mm dan jarak antara tayar (wheelbase) 1430mm juga menjadikan WR 155R ini sesuai untuk tunggangan ‘off-road’
Sementara itu, WR155R ini juga didatangkan dengan tangki 8.1L sekaligus menjadikan model ini bukan hanya sesuai untuk melayan ‘off-road’ di hujung minggu malah untuk penggunaan harian.
Antara ciri menarik lain ditawarkan:
- rim spoke
- ABS dwi-saluran
- fork teleskopik 41mm
- kerangka jenis semi-double cradle
- skrin digital LCD
- cakera brek 240mm depan dan 220mm belakang
- rim 21″ depan dan 18″ belakang
Untuk makluman, Yamaha WR 155R Monster Energy Edition ini ditawarkan pada harga IDR38.2 juta (RM11,300).