Dakwaan Harga Alat Ganti Naik 60 Peratus Tak Benar – CEO MARii

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari menafikan dakwaan bahawa harga alat ganti akan naik sehingga 60 peratus.

Baru-baru ini kecoh apabila sesetengah pihak mendakwa harga alat ganti bagi semua kelas kenderaan akan naik sehingga 60 peratus setelah semua sektor ekonomi kembali dibuka sepenuhnya 11 Oktober lalu.

Namun, Madani menjelaskan meskipun perubahan harga yang berpandukan senario semasa boleh berlaku namun pasaran alat ganti di Malaysia tertakluk kepada persaingan oleh pembekal.

“Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih produk yang paling kompetitif di pasaran dan jika terdapat keraguan ataupun tidak berpuas hati boleh mengajukan aduan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah memaklumkan bahawa tiada peningkatan harga bagi alat ganti Proton dan pengeluar kereta nasional itu tidak bercadang untuk menaikan harga.

“Proton juga memantau harga jualan oleh pengedar alat ganti sah. Ketika ini, tiada tanda akan naik harga,” jelasnya. –BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply