Michelin Lancar LTX Trail Tayar Khas Untuk SUV Dan Trak Pikap

Menyedari terdapat peningkatan terhadap permintaan kenderaan jenis SUV dan trak pikap, Michelin telah pun melancarkan tayar Michelin LTX Trail.

Tayar baharu ini menawarkan jangka hayat yang lebih panjang dan memberi cengkaman lebih baik atas permukaan bahasa meskipun setelah digunakan untuk tempoh masa panjang.

LTX Trail ini juga sesuai untuk kegunaan di jalan raya serta permukaan ‘off-road’ di samping menghasilkan bunyi yang rendah sekaligus menjaminkan pemanduan lebih selesa.

Menurut Michelin, LTX Trail ini menawarkan jangka hayat 40 peratus lebih perbatuan hasil penggunaan bahan RallyForce 2 Tread Compound.

Bahan ini memastikan tayar lebih lasak meskipun ketika pemanduan ‘off-road’.

Sementara itu Variable Thickness Sipes (jurang kecil antara tayar) menawarkan cengkaman lebih baik lantas meningkatkan tahap kecekapan.

Jika dibandingkan dengan pesaing lain, LTX Trail ini menawarkan jarak membrek 3.1 meter lebih pendek.

Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati LTX Trail ini mempunyai kadar tekanan bunyi 19.8 peratus lebih rendah.

Untuk pasaran tempatan, Michelin LTX Trail ini tampild dengan sembilan saiz berbeza merangkumi antara 15 hingga 18″ dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Michelin seluruh negara.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply