Honda CB200X Dilancarkan Di India – 184.4cc, 16.3HP

Honda telah pun melancarkan CB200X serba baharu di India yang merupakan motosikal segmen adventure dibangunkan dengan enjin Honda Hornet 2.0.

Menariknya, CB200X ini menawarkan elemen rekaan sama seperti CB500X namun dengan beberapa ciri dari Hornet 2.0 antaranya lampu depan LED berbentuk V.

Antara ciri lain yang turut menonjol adalah penghadang angin tinggi, handlebar yang lebih lebar, pelindung enjin, handguard serta tempat duduk jenis split.

Ciri lain yang turut dibawakan dari Hornet 2.0 adalah paparan LCD digital yang boleh disambung ke telefon pintar.

Meskipun sebahagian besar ciri dibawa dari model Hornet 2.0, CB200X ini menawarkan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi serta ‘suspension travel’ yang lebih panjang sesuai sebagai motosikal ADV.

Antara ciri menarik lain termasuklah fork depan jenis upside/down, monoshock belakang boleh laras, rim 17″ serta Anti-lock Braking System (ABS).

Sementara itu, CB200X ini dihidupkan dengan enjin silinder tunggal 184.4cc yang berupaya mengasilkan 16.3hp pada 8,500rpm dan 15.5Nm pada 6,000rpm.

Menurut laporan di India, CB200X ini ditawarkan pada harga INR144,500 (RM8,200).