Barisan Model 2021 BMW Motorrad Tiba Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM27,500

Advertisements

BMW Motorrad Malaysia telah pun melancarkan 11 model 2021 membabitkan model adventure, naked dan juga skuter.

BMW R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure

*BMW R 1250 GS Adventure Rallye

BMW R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure merupakan motosikal segmen adventure-touring yang dikuasakan enjin dua silinder boxer 1,245cc yang menghasilkan 136hp pada 7,750rpm dan 143Nm pada 6,250rpm.

Enjin ini meneruskan penggunaan sistem ShiftCam yang memastikan aliran kuasa enjin kekal di tahap optimum ketika berada dalam rpm tinggi mahupun rendah.

BMW R 1250 GS Adventure ’40 Years Edition

Menariknya, model 2021 dikemaskini dengan fungsi ‘electronic cruise control’ dan Eco Riding Mode sebagai standard.

*BMW R 1250 GS Style Triple Black

Berikut adalah senarai varian berserta harga bagi R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure 2021:

  • BMW R 1250 GS Style Rallye – RM119,500
  • BMW R 1250 GS Style Triple Black – RM120,500
  • BMW R 1250 GS ’40 Years GS Edition – RM122,500
  • BMW R 1250 GS Adventure Style Rallye – RM132,500
  • BMW R 1250 GS Adventure Style Triple Black – RM133,500
  • BMW R 1250 GS Adventure ’40 Years GS’ Edition – RM135,500

BMW G 310 R dan G 310 GS

*BMW G 310 R

Motosikal paling mampu milik dari BMW Motorrad turut dikemaskini bagi tahun 2021.

Barisan model G 310 telah dinaik taraf secara signifikan yang merangkumi ‘electronic throttle grip’ yang meningkatkan tahap responsif ‘throttle’ serta ‘automatic idle speed increase’ yang membantu mengelakkan daripada enjin mati.

*BMW G 310 GS

Sistem membrek juga dipertingkat dengan bantuan ‘self-boosting anti-hopping clutch’ yang mengurangkan drag enjin.

Bagaimanapun, model G 310 R dan G 310 GS ini masih dikuaskan enjin silinder tunggal 313cc DOHC dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 34hp pada 9,500rpm dan 28Nm pada 7,500rpm.

*BMW G 310 GS ’40 Years Edition

BMW G 310 R dan G 310 GS ini boleh didapati dengan harga berikut:

  • BMW G 310 R – RM27,500
  • BMW G 310 GS – RM29,500
  • BMW G 310 GS ’40 Years Edition – RM31,500

BMW C 400 X dan C 400 GT

*BMW C 400 GT

Skuter maxi dari BMW Motorrad juga dikemaskini bagi tahun 2021.

Model generasi kedua ini didatangkan sistem membrek yang lebih efisien, enjin Euro 5 dengan fungsi E-Gas, pengurusan enjin (engine management) baharu dan klac jenis centrifugal.

*BMW C 400 X

BMW turut menaik taraf Automatic Stability Control (ASC) yang menawarkan kawalan jentera lebih baik di atas permukaan basah dan licin.

Ruang letak barang bawah tempat duduk juga mendapat nyalaan LED di samping port pengecas USB.

BMW C 400 X merupakan motosikal bercirikan gaya urban manakala C 400 GT menawarkan ergonomik yang lebih selesa dan sesuai untuk tunggangan jarak jauh (touring) hasil bantuan penghadang angin yang lebih tinggi dan panel badan yang lebih lebar.

Kedua-dua model ini masih dikuasakan enjin silinder tunggal 350cc (buatan Loncin) yang berupaya menghasilkan 34hp pada 7,500rpm dan 35Nm pada 5,750rpm.

BMW C 400 X dan C 400 GT boleh dimiliki dengan harga berikut:

  • BMW C 400 X – RM44,500
  • BMW C 400 GT – RM48,500

Setiap pembelian model 2021 ini didatangkan dengan waranti tiga tahun dan bantuan tepi jalan tiga tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.