MV Agusta Brutale 1000 RR merupakan salah satu motosikal dengan rekaan paling ekstrim paling dihasilkan apatah lagi menawarkan kuasa lebih 200hp hasil penggunaan enjin dari model F4.
Ditambah dengan harga yang agak tinggi, sekitar RM170k bagi Brutale RR, tak hairan model ini sukar untuk menjadi pilihan utama pembeli dengan pelbagai model lain ditawarkan dalam segmennya.
Menyedari perkara ini, pengeluar motosikal Itali itu bercadang memperkenalkan varian RS, yang dianggap sebagai versi lebih ‘jinak’ berbanding RR dalam usaha menarik minat pelanggan.
Perkara itu disahkan menerusi dokumen kelulusan yang telah difailkan di Eropah.
Menurut dokumen tersebut, Brutale RS akan menawarkan ergonomik yang lebih baik hasil penggunaan handlebar yang lebar dan menegak.
RS juga akan tampil dengan sistem ‘suspension’ yang lebih mesra untuk kegunaan harian dan jalan raya.
Bagaimanapun, RS akan kekal dikuasakan enjin sama yang terdapat pada versi RR dengan 205hp dan 117Nm.