MUFC Rancang Hasilkan Motosikal Edisi Khas, Umum Kolaborasi Dengan Pengeluar Dalam Masa Terdekat

Melaka United Football Club (MUFC) akan menghasilkan motosikal edisi khas dengan kerjasama Geng Tayar Besar (GTB).

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim yang mendedahkan perancangan telah pun memasuki peringkat akhir.

Menurut Justin, motosikal edisi khas terbabit akan menampilkan warna kelab dengan lakaran eksklusif yang diinspirasikan dari Hang Tuah.

Bagi menjayakan model khas tersebut, MUFC akan turut berkolaborasi bersama pengeluar motosikal yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Lebih menarik, Justin turut memaklumkan bahawa motosikal itu akan dihadiahkan kepada penyokong MUFC menerusi cabutan bertuah.

Tambahnya lagi, segala keuntungan daripada penjualan motosikal itu akan disalurkan kepada dana kelab bagi tujuan pembangunan bola sepak.

Sementara itu, sebuah lagi pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mengumumkan kolaborasi bersama pengeluar kereta, Aston Martin, bagi menawarkan model edisi khas JDT, baru-baru ini. – HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply