Valentino Rossi Terlalu Tua Untuk Jentera Lumba Kami – Ferrari

Valentino Rossi telah pun beberapa kali menjelaskan bahawa sekiranya dia meninggalkan MotoGP, objektif seterusnya adalah perlumbaan kereta.

Jentera empat roda merupakan antara minat Rossi dan pernah beraksi di World Rally.

Dia turut dikaitkan dengan perlumbaan ikonik antaranya 24 Hours Le Mans.

Menariknya, rata-rata mengaitkan Rossi dengan Ferrari, apabila pengeluar kereta Itali itu akan kembali ke Le Mans dengan sebuah ‘hypercar’ (mengantikan LMP1).

Bagaimanapun, Ferrari menepis dakwaan itu serta-merta menerusi Ketua Aktiviti GT Ferrari, Antonello Coletta.

“Dengan segala hormatnya, saya rasa Valentino (Rossi) lebih tua berbanding semua pelumba Endurance sedia ada, dan kami akan berdepan saingan yang sengit.

“Valentino sebelum ini nampak teruja dengan perlumbaan GT, mungkin dia boleh mencuba kelas itu.

“Kami sudah ada barisan calon untuk jentera Hypercar kami, dan kami akan memilih pelumba muda baharu,” jelasnya.

Kenyataan Coletta sekaligus menutup ruang untuk Rossi di Le Mans, namun mungkin peluang untuk pelumba berusia 42 tahun itu masih ada di GT.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.