Zontes Bangunkan Enjin Tiga Silinder Dengan Nisbah Mampatan 13.5:1

Zontes sememangnya antara jenama motosikal China yang terkenal dengan model 310cc satu silinder.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, pengeluar berpangkalan di Guangdong, China itu dilaporkan sedang membangunkan enjin tiga silinder.

Perkara itu disahkan menerusi video yang dikongsikan di media sosial negara itu yang memaparkan sebuah enjin baharu termasuk beberapa imej yang memaparkan camshaft, crankshaft dan silinder baharu.

Menurut laporan, enjin baharu itu merupakan langkah Zontes dalam membidas kritikan yang dilontarkan sebelum ini kerana tidak membangunkan enjin silinder berkembar seperti dilakukan pengeluar lain.

Difahamkan, enjin tiga silinder itu bersesaran 800cc dan didakwa mempunyai nisbah mampatan (compression ratio) 13.5:1 sekaligus memberi bayangan sebuah jentera berprestasi tinggi.

Sebagai perbandingan, MV Agusta 800cc tiga silinder mempunyai nisbah mampatan 13.3:1 manakala Yamaha MT-09 berada pada 11.5:1.

Sementara itu, Zontes dilaporkan bakal menggunakan enjin baharu itu pada beberapa model sepertimana yang ditawarkan model 310cc sebelum ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.