RASMI: SYM Jet X Dilancarkan – Dari RM8,888!

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, melancarkan SYM Jet X untuk pasaran tempatan.

SYM Jet X ini merupakan motosikal jenis skuter yang sertai segmen 150cc di Malaysia.

SYM Jet 150 merupakan skuter 150cc yang turut dipasarkan di negara jiran, Thailand, dengan nama GPX Drone 150.

Model ini digerakan dengan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair dan dipadankan bersama transmisi jenis CVT.

Model ini juga menawarkan ciri moden antaranya penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light) serta skrin jenis LCD.

Sementara itu sistem membrek dikendalikan CBS (Combine Braking System) dan dipadankan bersama cakera brek depan dan belakang.

Selain daripada menawarkan ruang letak barang dengan kapasiti 18L, Jet X 150 ini turut tampil dengan slot pengecas USB QC 2.0.

Menariknya, sistem penyerap hentakan berkembar belakang boleh diselaraskan dengan tiga tahap berbeza mengikut kesesuaian.

Menurut MForce, SYM Jet X sudah boleh didapati di pengedar rasmi dengan harga berikut:

  • Standard: RM8,888
  • Special Edtiion: RM9,188