PDRM Cadang Kenderaan Guna ‘E-Plate’ Sebagai Langkah Cegah Jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar semua kenderaan mengguna pakai nombor pendaftaran jenis ‘e-plate’ yang lengkap dengan cip keselamatan sebagai langkah cegah jenayah dalam negara.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed,.

Menurut Datuk Huzir, cadangan tersebut antara yang telah dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan.

Baginya, sudah tiba masa Malaysia menyeragamkan nombor pendafaran yang lengkap dengan cip keselamatan bagi mencegah jenayah.

“Sukar untuk individu atau penjenayah membuat nombor pendaftaran palsu dan sebagainya kerana ia diselaraskan dan hanya satu badan atau jabatan membuat nombor pendaftaran.

“Ia akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketidakpatuhan pengguna jalan raya, termasuk tidak mematuhi lampu isyarat, jelas Huzir.

Langkah tersebut juga dilihat dapat membantu JSJ menangani kes kecurian kenderaan yang merupakan antara penyumbang tertinggi kes jenayah di Malaysia. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply