‘Sekolah Wheelie’ Jadi Sasaran Ops Khas Ekzos Bising

Taman Kota Masai yang popular dengan aktiviti bermotosikal telah menjadi sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam Ops Khas Ubah Ekzos Bising.

Dikenali sebagai ‘sekolah wheelie’ kawasan Taman Kota Masai telah dikesan sebagai lokasi panas dalam pelaksanaan Ops Khas tersebut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, empat operasi khas telah pun dijalankan di kawasan tersebut sejak 1 Mac lalu.

Ops Khas tersebut menyaksikan lebih 4,400 kenderaan telah diperiksa dengan 817 saman dikeluarkan berkaitan ekzos manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 138 kompaun diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 146 saman.

“Polis turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan modifikasi yang menyalahi undang-undang,” jelas Ayob Khan.

Ops Khas Ekzos Bising merupakan operasi besar-besaran membabitkan anggota penguatkuasaan tempatan dalam mengekang gejala ekzos bising setelah menerima pelbagai aduan terhadap isu itu selama ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply