“Ekzos Bising Ini Monyet Takut Tuan, Sebab Itu Saya Pakai”

Demikian kenyataan salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Khas Ekzos Bising yang dijalankan di Jalan Genuang, Segamat, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, lelaki berusia 35 tahun itu merayu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mendakwa ekzos tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Ekzos bising ini monyet takut tuan, sebab itu saya pakai kalau hendak halau monyet dan babi hutan di kebun pisang,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut diarahkan ke Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah (IPD) Segamat untuk pemeriksaaan bunyi ekzos oleh Jabatan Alam Sekitar.

Difahamkan, lelaki tersebut antara sembilan motosikal yang gagal pemeriksaan pencemaran bunyi oleh JAS.

Kesemuanya diminta mengubah kembali ke ekzos asal sekiranya mahu menuntu kembali motosikal masing-masing. – BH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.