Raikan Hari Terakhir Peperiksaan, 63 Calon SPM Disaman, 14 Motosikal Disita

Seramai 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah disaman gara-gara meraikan hari terakhir peperiksaan di atas jalan raya.

Kesemua yang berusia 18 tahun itu disaman dalam Ops Khas sempena ubah suai ekzos dan pemantaun calon SPM di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, sejumlah 92 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan tersebut adalah gagal pamer lesen P dan L, aksesori tidak sempurna, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada lesen, nombor plat tidak mengikut pendaftaran, tiada insurans, dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh.

Pada masa sama, lebih 14 buah motosikal turut disita. – SH