Honda Malaysia melancarkan kempen “1 Million Dreams” sempena meraikan kejayaan mencapai jualan satu juta unit kenderaan.
Kempen tersebut bertujuan menghargai kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap jenama Honda di Malaysia dalam mencapai jualan tujuh angka itu selepas merekodkan 900,000 unit pada 2019.
Menurut Honda, tujuh unit Special Edition (edisi khas) yang akan dihadiahkan sempena kempen “1 Million Dreams” menawarkan beberapa ciri istimewa sekaligus menjadikan model ini lain dari yang lain.
Bahagian luar menawarkan warna dua tona, sementara kemasan merah boleh didapati di fasia depan, cermin sisi serta rim aloi berwarna hitam.
Fender depan (kiri dan kanan) akan memaparkan lencana 1 Million Dreams Signature.
Ruang dalam juga dilengkapi dengan penyandar kepala dengan lambang 1 Million Dream di bahagian pemandu dan penumpang serta steering kulit dengan jahitan merah.
Setiap tujuh model juga didatangkan dengan kantung kunci edisi khas.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan tujuh model edisi khas ini hanya perlu menyertai enam aktiviti berikut:
- Kuiz 1 Million Dreams di www.honda.com.my
- pandu uji kenderaan Honda
- menempah kereta Honda baharu
- servis dan baik pulih kereta Honda
- mendaftar kenderaan baharu dalam tempoh kempen 1 Million Dreams
Lebih banyak entry dilakukan, lebih tinggi peluang untuk memenangi kereta Honda Edisi Khas ini dengan pemenang akan diumumkan pada Mac 2021.