Aprilia RS660 Bakal Dilancarkan Di Malaysia – RM6X,XXX?

Kami difahamkan bahawa jentera ‘middleweight’ baharu Aprilia, RS660 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Meskipun tiada harga rasmi didedahkan namun dijangka pengedar rasmi Aprilia di Malaysia, Didi Resources, bakal menawarkan harga istimewa sempena pelancaran model itu nanti yang dijangka sekitar RM6X,XXX.

Harga tersebut adalah lebih rendah berbanding jangkaan awal kami yang sebelum ini di antara RM70 ribu hingga RM80 ribu.

Aprilia RS660 yang mendapat inspirasi daripada RSV4 1100 menawarkan lampu LED, daytime running light (DRL) dan fairing yang memberi penekanan terhadap aerodinamik.

Enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC itu menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)!

Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter).

Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar).

Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload).

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm.

Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]