Penunggang Motosikal Di Perancis Protes Larangan Mencelah Antara Kenderaan

Kerajaan Perancis telah menguatkuasakan larangan motosikal mencelah antara kenderaan (lane-splitting).

Pelaksanaan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan kajian pemantauan aktiviti “lane-splitting” lima tahun yang telah diadakan di beberapa jalan terpilih.

Kajian tersebut mendapati terdapat peningkatan 12 pratus kemalangan susulan ‘lane-splitting’ dalam tempoh tersebut.

Oleh sebab itu, kerajaan bertindak menguatkuasakan larangan tersebut di seluruh negara bermuKumla 1 Februari 2021 dengan kompaun EUR135 akan dikenakan bagi penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, keputusan tersebut mengundang kemarahan penunggang motosikal di Perancis lantas mereka telah turun ke beberapa bandar utama antaranya Paris, Lille, Toulouse dan Lyon secara beramai-ramai sebagai bantahan terhadap larangan tersebut.

Protes itu diketuai kumpulan motosikal Federation Française des Motards en Colère dan membabitkan antara 8,000 hingga 10,000 penunggang motosikal.

Difahamkan, CEREMA, badan yang bertanggungjawab membuat pemantauan lima tahun itu telah mencadangkan agar kajian lebih teliti perlu dibuat terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis tetap meneruskan keputusan untuk menguatkuasakan larangan tersebut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]