PBT Kaji Urusan Pelupusan Kereta Usang Dan Terbiar

Advertisements

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan bahawa kajian bagi memperhalusi urusan pelupusan kereta terbiar dan usang akan dimulakan.

Kajian tersebut melibatkan lima pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Isu pelupusan kereta usang itu telah pun dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin sewaktu lawatan ke MPKj, semalam.

Zuraida mahu PBT mengambil langkah lebih cepat dalam menangani isu pelupusan kereta usang.

Pada 2019, lebih 207 kenderaan (127 motosikal dan 80 kereta) usang dan terbiar dikesan di sekitar Putrajaya sahaja.

Difahamkan, PBT akan memberi notis sebanyak tiga kali sebelum tindakan selanjutnya diambil. – BERNAMA