Boon Siew Honda Rasmikan Honda ADV 150 – RM11,999!

Advertisements

Sejak membuat penampilan sulung di Gaikindo Indonesia International Auto Show pada 2019, Honda ADV 150 bingkas mencuri perhatian ramai.

Reka bentuk ala ‘adventure’ yang dipinjamkan dari ‘abang besar’ X-ADV 750 itu seakan memberi nafas baharu pada segmen skuter 150cc.

Meskipun bersaiz kecil namun model ini turut dilengkapi dengan cermin penghadang angin boleh laras dan ruang simpan yang berkapasiti 28L di bawah tempat duduk.

Pada masa sama, Honda ADV 150 turut dilengkapi dengan fork teleskopik dan penyerap hentakan Showa di bahagian belakang dan beberapa ciri keselamatan penting, antaranya Anti-lock Braking System (ABS) tunggal.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • lampu kecemasan (hazard light)
  • skrin LCD digital
  • pengceas USB
  • keyless

Model ini juga tampil dengan rim aloi berukuran 14 inci depan dan 13 inci di belakang yang dipadankan dengan tayar jenis ‘dual-purpose’.

Dijanakan enjin sama yang menghidupkan PCX 150, ADV 150 tampil dengan enjin 149.3cc SOHC satu silinder dengan sistem Idling Stop yang menghasilkan 14.6hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 6,500rpm.

Honda ADV 150 ini tampil dengan dua warna pilihan Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic dan ditawarkan pada harga RM11,999.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.