Rupa Jelas Suzuki Hayabusa 2021 Didedahkan Lebih Awal!

Suzuki bakal buka tirai kepada Motorcycle Global Salon pada 5 Februari ini dengan Hayabusa 2021 antara model yang bakal dilancarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, setakat ini beberapa imej motosikal tersebut telah pun tersebar secara atas talian termasuk video teaser oleh Suzuki yang mendedahkan beberapa ciri motosikal baharu itu.

Kini, timbul sebuah lagi video, oleh saluran YouTube MaxxMoto yang mendedahkan rupa jelas Hayabusa 2021.

Menariknya, ini adalah video rasmi oleh pihak Suzuki sendiri namun telah ‘dibocorkan’ lebih awal.

Berdasarkan video tersebut, jelas rekaan keseluruhan menampakkan DNA Hayabusa namun dengan beberapa elemen dipinjamkan daripada GSXR-1000 terkini.

Pada masa sama, ciri aerodinamik juga tampak berbeza berbanding generasi pertama dan kedua di samping video tersebut mendedahkan penggunaan sistem quickshifter.

Seperti didedahkan sebelum ini, Hayabusa generasi ke-3 ini masih mengekalkan tetapan meter sama seperti sebelumnya namun dengan pertambahan skrin TFT berwarna di bahagian tengah konsol yang mengoperasikan IMU 6-axis.

Selebihnya, nantikan pelancaran rasmi 5 Februari ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]