MIROS Bangunkan Teknologi Amaran Pelanggaran LIDAR Bagi Motosikal

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) memaklumkan sedang membangunkan teknologi Light Detection & Ranging Technology (LIDAR) dalam usaha mengurangkan risiko pelanggaran babitkan motosikal.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah MIROS Dr Khairil Anwar Abu Kassim dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal.

Menurutnya, teknologi tersebut berkeupayaan mengesan kehadiran kenderaan di hadapan lalu memberi amaran kepada penunggang untuk mengelak.

“Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku,” jelas Khairil.

Jelasnya lagi, prinsip utama teknologi ini adalah berimpak tinggi, kos rendah dan mudah dipasang pada motosikal.

LIDAR merupakan komponen utama bagi Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang telah digunakan secara meluas dalam kenderaan empat roda.

Penggunaan sistem pengesanan seperti ini telah pun bertapak pada motosikal berkuasa tinggi antaranya BMW R 1250 RT 2021, Ducati Multistrada V4 2021 dan terbaru KTM 1290 Super Adventure S yang menggunakan teknologi radar bagi mengesan kenderaan lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.