Harley-Davidson Catat Kerugian Besar Suku Ke-4 Tahun 2020

Apa nak jadi dengan Harley-Davidson?

Pengeluar motosikal berpangkalan di Milwaukee, Amerika Syarikat itu merekodkan kejatuhan jualan lebih 39 peratus pada suku terakhir tahun 2020.

Laporan terkini mendapati Harley-Davidson menyerahkan 145,200 motosikal pada tahun lepas, jatuh 32 peratus berbanding 214,900 unit diserahkan pada 2019.

Ketika Harley-Davidson catat kejatuhan jualan, pesaing utama, Indian, rekodkan kenaikan penjualan lebih 30 peratus di Amerika Utara pada tempoh sama.

*Harley-Davidson Pan America

Menurut Polaris Inc, jualan Harley-Davidson di Amerika Utara merosot 15.4 peratus saban tahun.

Bagi menangani senario mengejutkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz, memperkenalkan pelan strategik lima tahun.

Menurut Zeitz, pelan itu termasuk melabur di antara USD190 juta hingga USD250 juta setahun dalam cubaan mengukuhkan jenama itu dalam segmen touring, cruiser dan trike (motosikal roda tiga).

Harley sebelum ini cuba mengembangkan pasaran motosikal kepada segmen yang lebih luas terutamanya pembeli muda antaranya dengan merancang memperkenalkan motosikal jenis ‘streetfighter’ Bronx dan jentera adventure, Pan America.

*Harley-Davidson Bronx

Namun di bawah kendalian Zeitz, dia memutuskan untuk membatalkan sepenuhnya Bronx.

*Harley-Davidson 338R

Bukan itu sahaja, kerjasama dengan pengeluar China, Qianjiang Motorcycle berkenaan dengan model 300cc juga seakan menerima nasib sama namun Qianjiang didakwa bakal meneruskan projek tersebut dibawah jenama QJ Motor.

Ini kerana Zeitz mahu jenama itu kembali memfokuskan pada pelanggan yang benar-benar mampu berbanding mengembangkan demografik dengan mensasar pembeli baharu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]