Gambaran Penuh Suzuki Hayabusa 2021 Bocor Sebelum Pelancaran

Beberapa hari sebelum Suzuki Global Motorcycle Salon membuka tirai pada 5 Februari ini, sudah ada pihak yang membocorkan imej penuh Hayabusa 2021.

Pengeluar motosikal berpangkalan di Hamamatsu, Jepun, itu sebelum ini telah pun berkongsi teaser 25 saat yang mengesahkan pelancaran Suzuki Hayabusa 2021.

Bagaimanapun, tular gambar di atas talian dan media sosial yang memaparkan gambar yang didakwa sebagai Hayabusa 2021 yang bakal dilancarkan 5 Februar ini.

Berdasarkan gambar itu, bahagian depan mendapat sentuhan rekaan baharu termasuk bahagian belakang namun rupa keseluruhan masih lagi mengikut acuan model ikonik sebelumnya.

Namun, tiada info terperinci didedahkan mengenai motosikal tersebut kecuali jangkaan Suzuki bakal melaksanakan naik taraf enjin bagi mencapai standard Euro 5 di samping penggunaan paparan jenis TFT yang didedahkan menerusi video teaser sebelum ini.

Nantikan pelancaran rasmi 5 Februari ini menerusi Suzuki Global Motorcycle Salon.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]